Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Sehari Sekotak Rokok

Bagi perokok tegar mereka akan merokok sekotak rokok. Andaikan sekotak rokok Dunhill atau Malboro berharga RM 14.00

Sebulan merokok: RM 14.00 x 30 hari = RM 420.00

Setahun merokok: RM 14.00 x 365 hari = RM 5110.00

Sepuluh tahun merokok: RM 5110.00 x 10 tahun = RM 51 110.00

Belanja rokok anda menyamai:


Berhenti merokok. Itu lebih baik untuk anda.. Anda mampu mengubahnya.

Monday, February 11, 2013

Walker, Botol Susu, Lampin..Apa lagi eh?

Kehamilan anggur amat ditakuti wanita
Untuk mendapatkan seorang zuriat bukanlah sesuatu yang perkara mudah. Bagi mereka yang ingin mendapat gelaran ibu adakalanya perlu melalui beberapa episod yang cukup menguji kesabaran. Ada dalam kalangan mereka yang kandungan baru mencapai 3 bulan sudah mengalami keguguran. Ada pula yang terpaksa membuat pengguguran kerana bayi tidak berkembang atau kandungan anggur (grape). Malah ada yang terpaksa melahirkan anak secara pembedahan kerana keadaan bayi yang songsang. Begitu sukar untuk bergelar ibu. Adakah layak kita menderhaka kepada mereka? Tatkala mulut kita nak berkata 'arh' sedarrlah kita keluar dari rahim mereka dalam keadaan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata. 

Botol susu perlu yang terbaik
Walker untuk memudahkan bayi berjalan
Setelah anak dilahirkan di dunia apa pula tanggungjawab kita?? Sudah pasti ramai ibu bapa yang akan berusaha memberi yang terbaik buat anak mereka. Dapatkan susu yang terbaik, lampin yang terbaik, baju yang terbaik, ‘walker’ yang terbaik..malah botol susu pun yang terbaik. Sudah menjadi lumrah sebagai ibu bapa kita akan sentiasa mendapatkan yang terbaik untuk anak kita.. Kerana anak adalah anugerah Allah buat kita. Anak permata buat ayah dan ibunya. 

Namun, sejauh mana kita bersedia yang terbaik buat anak kita? Adakah kita membuat simpanan untuknya? Adakah simpanan yang kita buat secara bulanan itu kekal sehingga mereka dewasa?? Ibu bapa yang bijak akan menabung untuk anak mereka tetapi yang lebih bijak akan membuat Pelan Takaful untuk anak mereka.. Persoalannya kenapa?? 

Saat ajal menjelma tiada siapa mampu menahannya
ama 20 tSebab simpanan di Pelan Takaful bukan sahaja memberi perlindungan, malah menawarkan perlindungan, simpanan berpanjangan dan kad perubatan secara PERCUMA. Ya benar kita boleh menyimpan sendiri duit anak kita di bank tapi soalnya jika takdir menjemput kita berpindah ke alam barzakh adakah simpanan kita mampu berkekalan? Kalau kita membuat simpanan di Pelan Takaful jawapannya YA. Kita juga boleh menetapkan pendapatan secara bulanan selama 20 tahun kepada anak jika kita ditakdirkan meninggal dunia. 

Ajarlah si kecil anda menabung
Sedikit fakta yang ingin saya kongsikan dalam satu kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 mendapati dua per tiga ibu bapa yang ditemubual menabung untuk pendidikan anak-anak dengan purata menabung selama 7.6 tahun dan berjaya menyimpan RM 89 680! Soalnya kita berapa?? Antara walker, botol susu dan lampin semuanya penting. Tetapi jangan lupa simpanan anak anda juga amat penting. Ibu bapa yang baik bukan sahaja memenuhi apa yang anak mereka inginkan tapi lebih penting dari itu memenuhi apa yang anak mereka perlukan....

Coretan si kecil Amir Perunding Kewangan Prudential BSN Takaful

Wednesday, January 23, 2013

Hingga Hujung Nyawa Kami Mencintai Mu Ya Rasulullah...


12 Rabiulawal muncul kembali... Sama ada sedar atau pun tidak setiap tahun kita melafazkan salalam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya baginda adalah nabi terakhir dan penutup bagi segala nabi. Senarai di bawah adalah peristiwa menarik yang berlaku semasa keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dipetik dari buku Biografi Agung Rasulullah s.a.w terbitan Mustread:

1. Keadaan Makkah amat damai dan menenangkan jiwa semasa saat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
2. Api keramat kaum majusi yang bernyala selama 1000 tahun lamanya terpadam.
3. Tiang utama istana Qisra Rumawi bergoyang dan menyebabkan menaranya runtuh.
4. Cahaya dari tubuh Nabi Muhammad s.a.w memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat dilaluinya.
5. Pendeta Yahudi dan Majusi mendapat mimpi yang menakutkan.
6. Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah bersunat dan tali pusatnya sudah terpotong.
7. Nabi Muhammad s.a.w mengungkapkan kalimah "Allahuakbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus di sembah siang dan malam.

Makam Rasulullah s.a.w. Harap suatu hari nanti aku akan dapat ziarah mu Ya Rasulullah!

Apakah tugas kita??? Kesempurnaan bukan milik kita. Tapi sebagai umat kita perlu bertanggungjawab menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Antara aktiviti yang boleh kita lakukan :

1. Menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan mencari dan membaca buku-buku berkaitan dengan Sirah Nabi Muhammad s.a.w
2. Memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Sertai juga kumpulan-kumpulan maulud.
3. Tidak menjadikan Quran sebagai hiasan yang berhabuk dan hanya digunakan ketika diganggu makhluk perosak sebaliknya bacalah, fahamilah dan hayatilah setiap masa dalam kehidupan kita.
4. Mendirikan solat jemaah di masjid yang berhampiran. Umat kita berpecah pada hemat sebab kita gagal berada dalam satu saf setiap kali kita menghadap Allah Rabbuljalil.
5. Menjadi pencinta ilmu dan rapat dengan golongan ulama. Sebagai langkah awal kita boleh like facebook ustaz/ ulama yang mampu memberi pedoman dan nasihat seperti Ustaz Don, UAI, Ustaz Zahazan, Ustaz Haslin dan sebagainya.
6. Berpegang teguh pada Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Sangat penting dikala umat sekarang menghadapi ancaman pemikiran syiah yang menyesatkan.

Jawab dengan jujur: Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran??


Banyak lagi yang boleh kita lakukan.

Nabi Muhammad s.a.w terlau sayangkan umatnya. Cuba kita tanya diri kita? Ikhlas dan jujurkah kita bila kita katakan kita sayang nabi kita? Nabi Muhammad s.a.w penyelamat umat.

Ayuh! Katakan  I love Muhammad s.a.w. Katakan tidak I love myGf sebab Gf tak mampu beri apa-apa melainkan menghabiskan duit. Tapi kalau kita sayang nabi, InsyaAllah nabi akan beri syafaat yang tak ternilai dengan wang ringgit dan harta benda di akhirat kelak.

Kami sayang nabi. Jom selawat!


Monday, July 16, 2012

Cikgu Raviah (dedikasi khas buat Majlis Persaraan Cik Raviah: Guru Melayu Terlama NDC


Cikgu Raviah,
Insan biasa,
Melakukan sesuatu yang luar biasa,
Mengajar, mendidik, mengasuh dan membela,
Penuh ikhlas buat sang pencipta,
Tak pernah mengenal perbezaan agama dan bangsa.

Dari sebuah desa,
Berbekal kitab lama,
Naik turun bas untuk bekerja,
Dari Durian Tunggal ke Kota Melaka,
Kemudian,
Bila dunia sudah berubah,
Cikgu Raviah mula memandu kereta,
Kereta dipandu kereta Wira kebanggaan Malaysia,
Itulah tanda guru sejarah berjiwa bangsa,
Semangat patriotik tersemat dijiwa,
Sayangkan negara Malaysia tercinta.

Cikgu Raviah,
Kau Melayu berjiwa mulia,
Kau mengajar anak Cina dan India,
Bukan sekejap tetapi lama,
Kerana hatimu sungguh mulia,
Tiada prejudis tiada buruk sangka,
Di depan mata kau semua sama,
Satu keluarga satu Malaysia.

Cikgu Raviah,
Adat hidup sebagai manusia,
Bermula pagi berakhir senja,
Hari ini kau kan pergi meninggalkan kami semua,
Kami semua sentiasa berdoa,
Moga hidupmu terus bahagia,
Di sisi sanak saudara keluarga tercinta,
Budimu tak terbalas dengan kata-kata,
Tak tertanggung dengan emas, perak dan gangsa,
Tak tertampung air di Selat Melaka,
Tak tergapai tingginya Banjaran Titiwangsa.

Di akhir kalam di akhir bicara,
Aku yakin dan aku percaya,
Suatu hari nanti kita akan bersama,
Di pintu syurga mengecap bahagia..  

Wednesday, September 28, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2011



Cikgu ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya dalam peperiksaan PMR 2011. Setiap usaha pasti akan berhasil.. Usaha hingga berjaya.. Caiyok!!!

Monday, May 16, 2011

Aku Bukan Guru Hebat

Aku bukan guru yang hebat,
Kalau aku hebat aku dah ada PHD,
Tapi dalam hati ku tersemat,
Aku berazam setiap anak muridku akan belajar sampai PHD.

Aku bukan guru yang hebat,
Kalau aku hebat tak kan ada yang meluat,
Tapi dalam hati ku tersemat,
Menjadikan anak muridku bermatlamat.

Aku bukan guru yang hebat,
Kalau aku hebat dah jadi guru cemerlang,
Tapi dalam hati ku tersemat,
Mendidik semua anak murid sampai cemerlang.

Aku bukan guru yang hebat,
Kalau aku hebat berterabur hadiah ku dapat,
Tapi dalam hati ku tersemat,
Hadiah yang ku nantikan di akhirat.

Aku bukan guru yang hebat,
Kerana aku tiada apa yang ingin dibanggakan,
Aku bukan mengejar pangkat,
Aku bukan membodek kuat,
Aku bukan lidah bercabang kuat mengumpat,
Tapi aku harus terus kuat,
Mencurah keringat,
Demi kecemerlangan umat!
Amir mesti kene buat!!!

Wednesday, March 16, 2011

Memoir Guru Muda

Nama aku amir. Aku bersekolah di SK Bachang dan kemudiannya bersekolah di Malacca High School pada peringkat menengah. Aku bersekolah di High School sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Cintaku kasihku terhadap High School sangat mendalam. Aku masih ingat lagi semasa aku menuntut di USM aku ternampak bas High School. Dengan pantas aku mengekori bas tersebut dan berjumpa dengan abang Tahir pemandu bas High School. Aku terus ponteng kelas untuk menjadi pemandu pelancong kepada rombongan High School ketika itu. Malah, kalau ada je rombongan High School ke Penang abang Tahir pasti akan menghubungi ku. Aku rasa sangat seronok kerana dapat berbakti untuk sekolah tercinta.

Sebab itulah lepas je aku tamat belajar aku teruja sangat nak menjadi cikgu di High School. Aku batalkan segala permohonan dan niat nak sambung Master di USM kerana impian aku nak kembali ke sekolah dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. Cuma aku seorang yang kritis dan "outspoken". Bagi aku berdosa kalau kita terus menutup mata melihat perkara yang kurang elok berlaku di depan mata. Tak perlu rasanya kita gadaikan prinsip hanya kerana inginkan pujian dari mereka yang berkuasa. Biarlah pujian yang hadir dalam hidup kita pujian yang ikhlas kerana kerja kita yang ikhlas. Itu sudah memadai. Kerana pujian manusia ini kadangkala merupakan satu bencana buat kita di masa hadapan.

Sebaik aku masuk je ke High School aku berazam untuk jadi guru yang terbaik untuk anak muridku. Bagi aku zaman sudah berubah. Kita perlu mengajar seiring dengan peredaran zaman. Zaman sekarang bukan lagi zaman "Cikgu suka pergi sekolah, hari-hari cikgu pergi sekolah". Bagi aku cikgu kene kreatif, bersemangat dan sentiasa ceria bagi memastikan kita mendapat tempat di hati anak murid kita. Wah macam bagus pulak aku cakap macam ni. Tapi ini persepsi aku la. Yang pasti anak murid aku selesa bersama ku.

Tak perlu rasanya aku menukilkan setiap inci pekara yang telah cuba ku lakukan di sekolah. Nanti riak dan takbur pulak jadinya. Cuma ku harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Secara tiba-tiba aku mendapat arahan di pindahkan ke SMJK Norte Dame. Aduh.. sedih rasanya. Berbaldi-baldi air mata aku menitik ke muka bumi. Aku cuba membuat rayuan tetapi sejak awal rayuan ku di tolak. Apa erti semua ni? Aku rasa kecewa sangat aku diperlakukan sebegini. Aku bertanya adakah kerja aku tak cukup bagus selama ni? Jawapannya memang tak dinafikan kerja aku bagus cuma aku dipindahkan untuk menyelamatkan ku. Menyelamatkan?? Ahh.. aku tak paham.

Aku hampir menemui jalan buntu. Aku dengar ada insan yang sangat suka aku dipindahkan. Aku dapat desas-desus aku tak dibenarkan lagi datang ke High School walaupun untuk training ragbi. Aku juga diberhentikan dari mengajar tuisyen Ekonomi Asas di asrama. Apa erti semua ini? Aku sendiri pun tak paham. Tak pe lah.. Aku tak kisah benda lain cuma yang aku kisahkan adalah anak muridku. Aku sayangkan anak muridku. Tapi apakan daya.. Aku insan yang lemah yang tak mampu mengubah sebarang keputusan.

Kini aku dah selamat berada di SMJK Norte Dame. Aku bahagia di sini. Cutiku sungguh bermakna. Perkara yang amat menyentuh hati dan perasaan ku bila pengetua Norte Dame memujuk aku supaya terus kekal di Norte Dame kerana dia percaya aku mampu berjaya di sini. 2 tahun aku rasa tak dihargai tetapi 2 hari aku lebih dihargai. Mungkin inilah hikmahnya. Aku percaya benih yang baik kalau dicampak ke laut menjadi pulau kalau dicampak ke darat menjadi bukit. High School kini tinggal kenangan dan menjadi angan-anganku yang tidak kesampaian..

Tapi untuk semua anak murid ku.. cikgu sayang kamu semua.. cikgu percaya kamu aset sekolah. Jadilah pelajar yang baik dan hormatilah guru-guru. Ingat.. cikgu pernah cakap kunci kejayaan kita adalah hormat kita pada guru. Cikgu percaya dalam tempoh 2 tahun cikgu dah berjaya tinggalkan semangat untuk kamu semua..Team rhinos teruskan usaha. Pastikan angan-angan cikgu menjadi kenyataan.. Itulah kisah amir, high school dan angan-angan..

Monday, January 31, 2011

Bumi Menangis


Dah 2 hari bumi menangis. Ada manusia yang mengeluh dan ada pula yang marahkan hujan.. Bila nak berhenti nie? Susah la macam ni. Banjir nanti. Namun, sebagai muslim yang beriman kita perlu ingat segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kenapa bumi menangis? Kerana kita manusia lupa pada sang Pencipta. Kita lupa bersyukur dengan Allah s.w.t. Kita terus leka dan lupa dibuai fatamorgana indah dunia ini. Yang kaya terus mencari dan menerebos kekayaannya. Yang bijak pandai terus angkuh dengan kebijaksanaannya.

Teringat cikgu pada satu hadis nabi Muhammad s.a.w., "Akan datang saatnya dimana umatku menggemari lima hal dan melupakan lima yang lain: menggemari duniawi dan melupakan ukhrawi, menggemari hidup dan melupakan mati, menggemari istana dan gedung2 indah dan melupakan pusara, menggemari harta benda dan melupakan perhitungannya dan menggemari makhluk tapi melupakan Tuhan".

Jika kita tinjau budaya hari ini manusia lebih gemar mengutamakan budaya dan kebebasan berbanding dengan batas agama. Bertudung itu merugikan kerana rambut adalah mahkota wanita. Bepurdah itu menjengkelkan kerana wajah kebanggan setiap insan. Berbaju labuh merimaskan kerana terdapat aset 'menggiurkan' yang perlu ditayangkan.Kebebasan lambang kemodenan.

Jadi salahkan bumi menangis? Tatkala rumput sedang mendayu-dayu berzikir menyebut nama Allah, manusia leka bergosip mengisi suasana. Mengadu-domba menambah perisa cerita. Takbur, riak dan ujub dengan kekayaan yang ada. Bayangkanlah.. Tatkala kita inginkan kemajuan.. cuba tinjau ke belakang apakah yang di bawa untuk bertemu Allah di masa hadapan.

Monday, December 6, 2010

Hijrah


Hari ini 1 Muharram bersamaan dengan tarikh kelahiran diriku pada suatu ketika dahulu. Peristiwa yang paling penting pada tanggal 1 Muharram adalah peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w. Rasanya tidak perlulah saya bicarakan sirah nabi Muhammad s.a.w. kerana saya bukanlah seorang yang terlalu arif untuk menukilnya di sini.

Namun, satu hal yang paling nyata hijrah merupakan suatu yang perlu dalam hidup kita ini. Tanpa hijrah kita akan terus kekal di dalam kepompong yang lama. Cara kita cara lama dan bersifat otrodoks. Namun, persoalannya apakah perkara yang perlu dihijrahkan? Gaya hidup? Identiti? Pemikiran?

Soalnya satu perkara yang perlu kita renungkan adalah hijrah merupakan suatu perubahan ke arah KEBAIKKAN. Bukan kearah kebajetan atau kecacatan. Berubah bukan untuk rebah. Tetapi berubah untuk kita terus berdiri megah. Ayuh.. kita mulakan niat HIJRAH!! Hijrah ku biarlah kurahsiakan. Namun suatu hal yang nyata hijrahku kearah kebaikan yang pasti. INSYAALLAH...

Thursday, November 4, 2010

Cuti: Baca blog dan ragbi


Hai walaupun cuti deepavali ni agak panjang tapi cikgu luangkan masa untuk membaca blog anak2 murid. Blog ikram,liwa,amru,mad,wan zamri dsbgnya. Pendek kata cikgu mengikuti setiap penulsan mereka dengan penuh minat. Bagi cikgu gunakalah peluang yang ada ini untuk bekarya. Bagus kita coretkan apa yang kita rasa dalam blog kita.. daripada melakukan vandelisme yang tidak berguna. Mulai besok terpaksa hentikan dulu pembacaan blog sebab nak bawa pasukan ragbi bawah 13 dan 14 tahun dalam Kejohanan Melaka Maju 2010. Sama-sama kita nantikan gelagat mereka dipadang ragbi. Ragbi is our life.. tak sabar plak nak tgk 'anak' ku bermain ragbi. Huhu..

Tuesday, September 28, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan 2010


Kepada semua para pelajar saya cikgu doakan anda semua berjaya dalam menghadapi peperiksaan percubaan yang sedang berlangsung. Mendambakan kejayaan yang pasti. Good luck..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...