12 Rabiulawal muncul kembali... Sama ada sedar atau pun tidak setiap tahun kita melafazkan salalam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya baginda adalah nabi terakhir dan penutup bagi segala nabi. Senarai di bawah adalah peristiwa menarik yang berlaku semasa keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dipetik dari buku Biografi Agung Rasulullah s.a.w terbitan Mustread:
1. Keadaan Makkah amat damai dan menenangkan jiwa semasa saat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
2. Api keramat kaum majusi yang bernyala selama 1000 tahun lamanya terpadam.
3. Tiang utama istana Qisra Rumawi bergoyang dan menyebabkan menaranya runtuh.
4. Cahaya dari tubuh Nabi Muhammad s.a.w memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat dilaluinya.
5. Pendeta Yahudi dan Majusi mendapat mimpi yang menakutkan.
6. Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah bersunat dan tali pusatnya sudah terpotong.
7. Nabi Muhammad s.a.w mengungkapkan kalimah "Allahuakbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus di sembah siang dan malam.
Makam Rasulullah s.a.w. Harap suatu hari nanti aku akan dapat ziarah mu Ya Rasulullah!
Apakah tugas kita??? Kesempurnaan bukan milik kita. Tapi sebagai umat kita perlu bertanggungjawab menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Antara aktiviti yang boleh kita lakukan :
1. Menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan mencari dan membaca buku-buku berkaitan dengan Sirah Nabi Muhammad s.a.w
2. Memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Sertai juga kumpulan-kumpulan maulud.
3. Tidak menjadikan Quran sebagai hiasan yang berhabuk dan hanya digunakan ketika diganggu makhluk perosak sebaliknya bacalah, fahamilah dan hayatilah setiap masa dalam kehidupan kita.
4. Mendirikan solat jemaah di masjid yang berhampiran. Umat kita berpecah pada hemat sebab kita gagal berada dalam satu saf setiap kali kita menghadap Allah Rabbuljalil.
5. Menjadi pencinta ilmu dan rapat dengan golongan ulama. Sebagai langkah awal kita boleh like facebook ustaz/ ulama yang mampu memberi pedoman dan nasihat seperti Ustaz Don, UAI, Ustaz Zahazan, Ustaz Haslin dan sebagainya.
6. Berpegang teguh pada Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Sangat penting dikala umat sekarang menghadapi ancaman pemikiran syiah yang menyesatkan.
Jawab dengan jujur: Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran?? |
Banyak lagi yang boleh kita lakukan.
Nabi Muhammad s.a.w terlau sayangkan umatnya. Cuba kita tanya diri kita? Ikhlas dan jujurkah kita bila kita katakan kita sayang nabi kita? Nabi Muhammad s.a.w penyelamat umat.
Ayuh! Katakan I love Muhammad s.a.w. Katakan tidak I love myGf sebab Gf tak mampu beri apa-apa melainkan menghabiskan duit. Tapi kalau kita sayang nabi, InsyaAllah nabi akan beri syafaat yang tak ternilai dengan wang ringgit dan harta benda di akhirat kelak.
Kami sayang nabi. Jom selawat!
No comments:
Post a Comment