Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Tingkatan Enam: Kegagalan, kehampaan dan kejayaan..

Keputusan UPU yang keluar baru-baru memberi impak yang cukup besar buat pelajar lepasan STPM. Kini, CGPA 2.5, 2.6, 2.7, 2.8, 2.9 dan 3.0 bukan lagi CGPA yang selamat untuk pelajar mendapatkan tempat ke Universiti Awam. Boleh dikatakan cabaran sekarang kian sengit dan menuntut perubahan anjakan paradigma pelajar tingkatan enam. Berikut adalah peringatan buat pelajar tingkatan enam:

1. Belajar dengan gigih bermula dari semester pertama lagi.
2. Rancang subjek yang mampu untuk pelajar dapat gred A bagi melonjakkan nilai CGPA.
3. Hentikan seketika perkara yang tidak berfaedah.
4. Matangkan fikiran dan tindakan supaya kita mampu melihat keutamaan atas keutamaan.
5. Lakukan perbincangan kumpulan dan pastikan dalam kumpulan ada rakan yang mampu membimbing dengan baik.
6. Tulis nama universiti idaman anda di rumah, dalam buku di kelas supaya anda lebih bermotivasi untuk berjaya.

Tingkatkan motivasi. Ingat dunia ini penuh cabaran. Anda adalah wira buat diri anda!

Kepada yang gagal mendapatkan tempat ke Universiti Awam berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan:

1. Buat rayuan kepada universiti yang terlibat.
2. Berbekalkan sijil STPM anda cari pekerjaan yang baik seperti penolong penguatkuasa, staff bank, polis dan sebagainya. Kemudian jika berpeluang sambung belajar ke peringkat Ijazah secara pengajian jarak jauh (PJJ).
3. Melibatkan diri dalam bidang keusahawanan atau perniagaan.
4. Menyambung belajar ke pusat pengajian swasta jika mampu.

Gagal hari ini bukan bermakna gagal pada masa depan. Orang yang berjaya adalah orang yang pernah merempuh dinding kegagalan untuk menggapai pintu kejayaan. Bangkit lah!

Wednesday, April 27, 2011

Kisah si kucing


Pada suatu ketika dahulu terdapat seorang saintis di Amerika Syarikat membuat satu ujikaji berkaitan kucing. Saintis tersebut menyediakan sebuah bekas kaca dan dalam bekas kaca tersebut diletakkan satu tiang. Di atas tiang tersebut saintis tersebut meletakkan seekor ikan.

Saintis tersebut meletakkan seekor kucing pertama. Lumrah dunia apabila kucing nampak ikan ia akan cuba menerkam ikan tersebut. Apabila kucing tersebut cuba melompat mendapatkan ikan tersebut saintis itu menyiram kucing dengan air. Lalu terjatuh ke bawah la kucing itu. Kucing itu melompat kali kedua namun seperti biasa saintis tersebut menyiram kucing itu dengan air maka terjatuhla kali kedua. Kucing itu cuba kali ketiga namun masih gagal kerana disiram oleh saintis tersebut. Lalu, kucing itu putus harap dan tidak meneruskan usahanya.

Saintis tersebut meletakkan kucing kedua. Seperti kucing pertama kucing kedua juga turut cuba melompat untuk mendapatkan ikan tetapi diperlakukan seperti kucing pertama. Kucing tersebut mencuba kali kedua dan ketiga namun hasilnya sama seperti kucing pertama. Lalu kucing pergi ke tepi duduk bersama kucing pertama.

Saintis tersebut memasukkan kucing ketiga. Kali ini saintis tersebut berhasrat untuk tidak melakukan apa-apa ke atas kucing ketiga. Namun, belum pun sempat kucing ketiga melompat datang kucing pertama dan kedua menasihatkan kucing ketiga supaya jangan melompat kerana usahanya akan sia-sia. "Hai kawan. Jangan buat kerja sia-sia. Kami dah cuba lompat untuk mendapatkan ikan itu sebelum kamu masuk tadi. Tap sia-sia je kerana kita akan disiram oleh saintis kat luar tu." Kucing ketiga termakan kata-kata kucing pertama dan kedua lalu tidak melompat walaupun belum mencuba.

Saintis tersebut mengeluarkan kucing pertama dan kedua dan memasukkan kucing keempat dan kelima. Kucing ketiga menasihatkan kucing keempat dan kelima, "tak payahlah kau melompat untuk mendapatkan ikan kat atas tu. Tadi kawan aku beritahu usaha kita akan gagal kerana akan disiram dengan air oleh saintis di luar tu."

Kucing keempat termakan kata-kata kucing ketiga walaupun dia belum berusaha untuk melompat. namun, kucing kelima kuatkan azam dan semangat untuk dapatkan ikan tersebut. Lalu kucing kelima pun melompat dan mendapat ikan tersebut. Tercengang kucing ketiga dan keempat.

Moralnya, papa pelajar sekelian janganlah kita berhenti berusaha hanya kerana ada rakan kita memberitahu kita akan gagal. kejayaan datang dari hati yang kuat menempuh onak ranjau, cabaran dan dugaan. Percayalah dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Setitik air yang lembut kalau setiap hari menitis ke batu akhirnya batu tersebut juga akan berleku. Janganlah berhenti berusaha. Capailah cita-cita mu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...