Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Hingga Hujung Nyawa Kami Mencintai Mu Ya Rasulullah...


12 Rabiulawal muncul kembali... Sama ada sedar atau pun tidak setiap tahun kita melafazkan salalam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya baginda adalah nabi terakhir dan penutup bagi segala nabi. Senarai di bawah adalah peristiwa menarik yang berlaku semasa keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dipetik dari buku Biografi Agung Rasulullah s.a.w terbitan Mustread:

1. Keadaan Makkah amat damai dan menenangkan jiwa semasa saat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
2. Api keramat kaum majusi yang bernyala selama 1000 tahun lamanya terpadam.
3. Tiang utama istana Qisra Rumawi bergoyang dan menyebabkan menaranya runtuh.
4. Cahaya dari tubuh Nabi Muhammad s.a.w memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat dilaluinya.
5. Pendeta Yahudi dan Majusi mendapat mimpi yang menakutkan.
6. Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah bersunat dan tali pusatnya sudah terpotong.
7. Nabi Muhammad s.a.w mengungkapkan kalimah "Allahuakbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus di sembah siang dan malam.

Makam Rasulullah s.a.w. Harap suatu hari nanti aku akan dapat ziarah mu Ya Rasulullah!

Apakah tugas kita??? Kesempurnaan bukan milik kita. Tapi sebagai umat kita perlu bertanggungjawab menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Antara aktiviti yang boleh kita lakukan :

1. Menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan mencari dan membaca buku-buku berkaitan dengan Sirah Nabi Muhammad s.a.w
2. Memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Sertai juga kumpulan-kumpulan maulud.
3. Tidak menjadikan Quran sebagai hiasan yang berhabuk dan hanya digunakan ketika diganggu makhluk perosak sebaliknya bacalah, fahamilah dan hayatilah setiap masa dalam kehidupan kita.
4. Mendirikan solat jemaah di masjid yang berhampiran. Umat kita berpecah pada hemat sebab kita gagal berada dalam satu saf setiap kali kita menghadap Allah Rabbuljalil.
5. Menjadi pencinta ilmu dan rapat dengan golongan ulama. Sebagai langkah awal kita boleh like facebook ustaz/ ulama yang mampu memberi pedoman dan nasihat seperti Ustaz Don, UAI, Ustaz Zahazan, Ustaz Haslin dan sebagainya.
6. Berpegang teguh pada Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Sangat penting dikala umat sekarang menghadapi ancaman pemikiran syiah yang menyesatkan.

Jawab dengan jujur: Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran??


Banyak lagi yang boleh kita lakukan.

Nabi Muhammad s.a.w terlau sayangkan umatnya. Cuba kita tanya diri kita? Ikhlas dan jujurkah kita bila kita katakan kita sayang nabi kita? Nabi Muhammad s.a.w penyelamat umat.

Ayuh! Katakan  I love Muhammad s.a.w. Katakan tidak I love myGf sebab Gf tak mampu beri apa-apa melainkan menghabiskan duit. Tapi kalau kita sayang nabi, InsyaAllah nabi akan beri syafaat yang tak ternilai dengan wang ringgit dan harta benda di akhirat kelak.

Kami sayang nabi. Jom selawat!


Monday, January 31, 2011

Bumi Menangis


Dah 2 hari bumi menangis. Ada manusia yang mengeluh dan ada pula yang marahkan hujan.. Bila nak berhenti nie? Susah la macam ni. Banjir nanti. Namun, sebagai muslim yang beriman kita perlu ingat segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kenapa bumi menangis? Kerana kita manusia lupa pada sang Pencipta. Kita lupa bersyukur dengan Allah s.w.t. Kita terus leka dan lupa dibuai fatamorgana indah dunia ini. Yang kaya terus mencari dan menerebos kekayaannya. Yang bijak pandai terus angkuh dengan kebijaksanaannya.

Teringat cikgu pada satu hadis nabi Muhammad s.a.w., "Akan datang saatnya dimana umatku menggemari lima hal dan melupakan lima yang lain: menggemari duniawi dan melupakan ukhrawi, menggemari hidup dan melupakan mati, menggemari istana dan gedung2 indah dan melupakan pusara, menggemari harta benda dan melupakan perhitungannya dan menggemari makhluk tapi melupakan Tuhan".

Jika kita tinjau budaya hari ini manusia lebih gemar mengutamakan budaya dan kebebasan berbanding dengan batas agama. Bertudung itu merugikan kerana rambut adalah mahkota wanita. Bepurdah itu menjengkelkan kerana wajah kebanggan setiap insan. Berbaju labuh merimaskan kerana terdapat aset 'menggiurkan' yang perlu ditayangkan.Kebebasan lambang kemodenan.

Jadi salahkan bumi menangis? Tatkala rumput sedang mendayu-dayu berzikir menyebut nama Allah, manusia leka bergosip mengisi suasana. Mengadu-domba menambah perisa cerita. Takbur, riak dan ujub dengan kekayaan yang ada. Bayangkanlah.. Tatkala kita inginkan kemajuan.. cuba tinjau ke belakang apakah yang di bawa untuk bertemu Allah di masa hadapan.

Thursday, January 7, 2010

Catatan Harian

Hai..benda paling disukai oleh pelajar adalah tidak membuat kerja dan tidak perlu berusaha keras. Kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Duhai pelajar-pelajar ku walau siapa pun kita, walau apa pun latarbelakang kita percayalah kita tetap mempunyai satu keinginan yang sama. Keinginan untuk berjaya. Berjaya dalam erti kata yang sebenar.. Asal jadi manusia.. Kerana di High School trademarknye Sini Terdidik Manusia...

Tuesday, January 5, 2010

Coretan Pertama

Lao Tze


Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. Begitulah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh ahli falsafah cina Lao Tze. Mungkin hari ini baru 6 hari kita berada di tahun baru 2010.. Tetapi sedarlah anak-anak muridku bahawa SPM itu semakin hari semakin hampir kepada anda. Usaha anda bermula pada hari ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...