Cikgu Raviah,
Insan biasa,
Melakukan sesuatu yang luar biasa,
Mengajar, mendidik, mengasuh dan membela,
Penuh ikhlas buat sang pencipta,
Tak pernah mengenal perbezaan agama dan bangsa.
Dari sebuah desa,
Berbekal kitab lama,
Naik turun bas untuk bekerja,
Dari Durian Tunggal ke Kota Melaka,
Kemudian,
Bila dunia sudah berubah,
Cikgu Raviah mula memandu kereta,
Kereta dipandu kereta Wira kebanggaan Malaysia,
Itulah tanda guru sejarah berjiwa bangsa,
Semangat patriotik tersemat dijiwa,
Sayangkan negara Malaysia tercinta.
Cikgu Raviah,
Kau Melayu berjiwa mulia,
Kau mengajar anak Cina dan India,
Bukan sekejap tetapi lama,
Kerana hatimu sungguh mulia,
Tiada prejudis tiada buruk sangka,
Di depan mata kau semua sama,
Cikgu Raviah,
Adat hidup sebagai manusia,
Bermula pagi berakhir senja,
Hari ini kau kan pergi meninggalkan kami semua,
Kami semua sentiasa berdoa,
Moga hidupmu terus bahagia,
Di sisi sanak saudara keluarga tercinta,
Budimu tak terbalas dengan kata-kata,
Tak tertampung air di Selat Melaka,
Tak tergapai tingginya Banjaran Titiwangsa.
Di akhir kalam di akhir bicara,
Aku yakin dan aku percaya,
Suatu hari nanti kita akan bersama,
Di pintu syurga mengecap bahagia..
No comments:
Post a Comment