Kehamilan anggur amat ditakuti wanita |
Untuk mendapatkan seorang zuriat bukanlah sesuatu yang perkara mudah. Bagi mereka yang ingin mendapat gelaran ibu adakalanya perlu melalui beberapa episod yang cukup menguji kesabaran. Ada dalam kalangan mereka yang kandungan baru mencapai 3 bulan sudah mengalami keguguran. Ada pula yang terpaksa membuat pengguguran kerana bayi tidak berkembang atau kandungan anggur (grape). Malah ada yang terpaksa melahirkan anak secara pembedahan kerana keadaan bayi yang songsang.
Begitu sukar untuk bergelar ibu. Adakah layak kita menderhaka kepada mereka? Tatkala mulut kita nak berkata 'arh' sedarrlah kita keluar dari rahim mereka dalam keadaan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.
Botol susu perlu yang terbaik |
Walker untuk memudahkan bayi berjalan |
Setelah anak dilahirkan di dunia apa pula tanggungjawab kita?? Sudah pasti ramai ibu bapa yang akan berusaha memberi yang terbaik buat anak mereka. Dapatkan susu yang terbaik, lampin yang terbaik, baju yang terbaik, ‘walker’ yang terbaik..malah botol susu pun yang terbaik. Sudah menjadi lumrah sebagai ibu bapa kita akan sentiasa mendapatkan yang terbaik untuk anak kita.. Kerana anak adalah anugerah Allah buat kita. Anak permata buat ayah dan ibunya.
Namun, sejauh mana kita bersedia yang terbaik buat anak kita? Adakah kita membuat simpanan untuknya? Adakah simpanan yang kita buat secara bulanan itu kekal sehingga mereka dewasa?? Ibu bapa yang bijak akan menabung untuk anak mereka tetapi yang lebih bijak akan membuat Pelan Takaful untuk anak mereka.. Persoalannya kenapa??
Saat ajal menjelma tiada siapa mampu menahannya |
ama 20 tSebab simpanan di Pelan Takaful bukan sahaja memberi perlindungan, malah menawarkan perlindungan, simpanan berpanjangan dan kad perubatan secara PERCUMA. Ya benar kita boleh menyimpan sendiri duit anak kita di bank tapi soalnya jika takdir menjemput kita berpindah ke alam barzakh adakah simpanan kita mampu berkekalan? Kalau kita membuat simpanan di Pelan Takaful jawapannya YA. Kita juga boleh menetapkan pendapatan secara bulanan selama 20 tahun kepada anak jika kita ditakdirkan meninggal dunia.
Ajarlah si kecil anda menabung |
Sedikit fakta yang ingin saya kongsikan dalam satu kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 mendapati dua per tiga ibu bapa yang ditemubual menabung untuk pendidikan anak-anak dengan purata menabung selama 7.6 tahun dan berjaya menyimpan RM 89 680! Soalnya kita berapa?? Antara walker, botol susu dan lampin semuanya penting. Tetapi jangan lupa simpanan anak anda juga amat penting. Ibu bapa yang baik bukan sahaja memenuhi apa yang anak mereka inginkan tapi lebih penting dari itu memenuhi apa yang anak mereka perlukan....
Coretan si kecil Amir Perunding Kewangan Prudential BSN Takaful
No comments:
Post a Comment