Wednesday, March 16, 2011

Memoir Guru Muda

Nama aku amir. Aku bersekolah di SK Bachang dan kemudiannya bersekolah di Malacca High School pada peringkat menengah. Aku bersekolah di High School sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Cintaku kasihku terhadap High School sangat mendalam. Aku masih ingat lagi semasa aku menuntut di USM aku ternampak bas High School. Dengan pantas aku mengekori bas tersebut dan berjumpa dengan abang Tahir pemandu bas High School. Aku terus ponteng kelas untuk menjadi pemandu pelancong kepada rombongan High School ketika itu. Malah, kalau ada je rombongan High School ke Penang abang Tahir pasti akan menghubungi ku. Aku rasa sangat seronok kerana dapat berbakti untuk sekolah tercinta.

Sebab itulah lepas je aku tamat belajar aku teruja sangat nak menjadi cikgu di High School. Aku batalkan segala permohonan dan niat nak sambung Master di USM kerana impian aku nak kembali ke sekolah dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. Cuma aku seorang yang kritis dan "outspoken". Bagi aku berdosa kalau kita terus menutup mata melihat perkara yang kurang elok berlaku di depan mata. Tak perlu rasanya kita gadaikan prinsip hanya kerana inginkan pujian dari mereka yang berkuasa. Biarlah pujian yang hadir dalam hidup kita pujian yang ikhlas kerana kerja kita yang ikhlas. Itu sudah memadai. Kerana pujian manusia ini kadangkala merupakan satu bencana buat kita di masa hadapan.

Sebaik aku masuk je ke High School aku berazam untuk jadi guru yang terbaik untuk anak muridku. Bagi aku zaman sudah berubah. Kita perlu mengajar seiring dengan peredaran zaman. Zaman sekarang bukan lagi zaman "Cikgu suka pergi sekolah, hari-hari cikgu pergi sekolah". Bagi aku cikgu kene kreatif, bersemangat dan sentiasa ceria bagi memastikan kita mendapat tempat di hati anak murid kita. Wah macam bagus pulak aku cakap macam ni. Tapi ini persepsi aku la. Yang pasti anak murid aku selesa bersama ku.

Tak perlu rasanya aku menukilkan setiap inci pekara yang telah cuba ku lakukan di sekolah. Nanti riak dan takbur pulak jadinya. Cuma ku harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Secara tiba-tiba aku mendapat arahan di pindahkan ke SMJK Norte Dame. Aduh.. sedih rasanya. Berbaldi-baldi air mata aku menitik ke muka bumi. Aku cuba membuat rayuan tetapi sejak awal rayuan ku di tolak. Apa erti semua ni? Aku rasa kecewa sangat aku diperlakukan sebegini. Aku bertanya adakah kerja aku tak cukup bagus selama ni? Jawapannya memang tak dinafikan kerja aku bagus cuma aku dipindahkan untuk menyelamatkan ku. Menyelamatkan?? Ahh.. aku tak paham.

Aku hampir menemui jalan buntu. Aku dengar ada insan yang sangat suka aku dipindahkan. Aku dapat desas-desus aku tak dibenarkan lagi datang ke High School walaupun untuk training ragbi. Aku juga diberhentikan dari mengajar tuisyen Ekonomi Asas di asrama. Apa erti semua ini? Aku sendiri pun tak paham. Tak pe lah.. Aku tak kisah benda lain cuma yang aku kisahkan adalah anak muridku. Aku sayangkan anak muridku. Tapi apakan daya.. Aku insan yang lemah yang tak mampu mengubah sebarang keputusan.

Kini aku dah selamat berada di SMJK Norte Dame. Aku bahagia di sini. Cutiku sungguh bermakna. Perkara yang amat menyentuh hati dan perasaan ku bila pengetua Norte Dame memujuk aku supaya terus kekal di Norte Dame kerana dia percaya aku mampu berjaya di sini. 2 tahun aku rasa tak dihargai tetapi 2 hari aku lebih dihargai. Mungkin inilah hikmahnya. Aku percaya benih yang baik kalau dicampak ke laut menjadi pulau kalau dicampak ke darat menjadi bukit. High School kini tinggal kenangan dan menjadi angan-anganku yang tidak kesampaian..

Tapi untuk semua anak murid ku.. cikgu sayang kamu semua.. cikgu percaya kamu aset sekolah. Jadilah pelajar yang baik dan hormatilah guru-guru. Ingat.. cikgu pernah cakap kunci kejayaan kita adalah hormat kita pada guru. Cikgu percaya dalam tempoh 2 tahun cikgu dah berjaya tinggalkan semangat untuk kamu semua..Team rhinos teruskan usaha. Pastikan angan-angan cikgu menjadi kenyataan.. Itulah kisah amir, high school dan angan-angan..

2 comments:

azeeyanee ;D said...

cikgu amir,cikgu pasti berjaya di mana sekolah pun. jangan putus asa untuk mengajar dengan cara cikgu.tunjuk ajar cikgu sangat kami hargai. kami doakan yang terbaik untuk cikgu.wish u all the best cikgu :D

Anonymous said...

terima kasih azie.. moga azie juga berjaya menempuh hari-hari yang mendatang k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...