Blog ini didedikasikan buat semua yang rasakan ia perlu dan bermanfaat.. Aku hanya hamba kecil yang diberi ruang untuk berkarya di alam maya..
Tuesday, December 14, 2010
Kenapa Mereka Membenci Tingkatan 6? Lepasan SPM wajib baca. Part 1
"Yeye..aku sudah merdeka.. tamat sudah penderitaan ku selama 5 tahun di sekolah. SPM.. Sijil Penamat Masalah.."Itulah kata-kata yang sering kita dengar oleh para pelajar sebaik selesai menjawab kertas terakhir SPM. Soal boleh jawab atau tidak bukan isunya kerana yang penting aku telah tamat sekolah. Seolah-olah sekolah merupakan 'neraka' yang perlu mereka hadapi selama 5 tahun.
Sekiranya ditanya adakah anda akan bersekolah kembali sudah pasti jawapannya, "tidak sama sekali". Namun, pernahkah mereka terfikir bahawa hidup mereka belum berakhir sebaik tamatnya SPM? SPM hanyalah satu permulaan kerana kehidupan selepas SPM adalah destinasi yang lebih penting yang bakal mengubah wajah kehidupan yang akan datang.
Destinasi yang perlu ditujui adalah Ijazah Sarjana Muda.
Ada 3 jalan untuk mendapatkan ijazah iaitu program matrikulasi, diploma di IPTA mahu pun di IPTS dan tingkatan 6.
Sudah tentu tingkatan 6 yang paling tidak popular berbanding matrikulasi dan diploma terutamanya. Dalam benak pemikiran pelajar masa kini yang penting adalah popular dan aku cepat masuk ke alam universiti kononya. Tak kisah berapa pun yang perlu dibelanja asalkan aku dapat segulung diploma yang ironinya darjat diploma sama sahaja dengan tingkatan 6.
Tapi tingkatan 6 berimej kusam, tak popular dan memalukan. Dalam pemikiran pelajar membuat pilihan ke tingkatan 6 seperti menempah tiket ke 'neraka' dunia. Pernahkah anda terfikir bahawa anda hanya perlu membbelanjakan RM 400 untuk menghabiskan tingkatan 6 dan selepas itu terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Adakah terdapat mana-mana program diploma semurah itu? Mungkin nukilan ini tidak sesuai bagi mereka yang kaya namun sesuai dibaca oleh mereka yang kurang berkemampuan atau sederhana. Cikgu akan huraikan dalam bahagian yang seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment