Blog ini didedikasikan buat semua yang rasakan ia perlu dan bermanfaat.. Aku hanya hamba kecil yang diberi ruang untuk berkarya di alam maya..
Tuesday, December 21, 2010
Kemasukan ke IPT awam 2011/2012
PERMOHONAN kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah melalui aplikasi dalam talian sepenuhnya bagi akademik 2011/2012.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataannya menyatakan, langkah penguatkuasaan itu sejajar keputusan mesyuarat Jemaah Menteri supaya Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) menjadi pusat pengambilan setempat.
Menurut kenyataan itu, pusat berkenaan akan menyelaraskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke program sijil dan diploma di institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi 2011/2012.
“Penguatkuasaan itu selaras dasar kerajaan menaikkan institusi TEVT dan ILKA dalam usaha meningkatkan akses serta ekuiti lepasan sekolah menengah melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan dan kemahiran,” jelas kenyataan itu.
KPT mensasarkan 70 peratus daripada 467,766 calon lepasan SPM 2010 mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan Fasa 1 manakala selebihnya fasa 2.
Institusi terbabit bagi kemasukan ke program sijil dan diploma ke institusi TEVT dan ILKA adalah Politeknik, Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institusi Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Kolej Komuniti.
Kenyataan itu menyatakan, permohonan ke IPTA dibahagikan empat kategori membabitkan kategori A bagi pemohon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 manakala kategori B (SPM tahun 2009 dan SPM tahun 2008), kategori C (SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf yang diiktiraf IPTA) manakala kategori D (pemohon yang menggunakan keputusan SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau 2010 atau SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010).
Menurut kenyataan itu, bagi kemasukan ke institusi TEVT dan ILKA pula, permohonan terbuka kepada lepasan SPM atau setaraf atau lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lepasan sekolah menengah.
Pelaksanaan permohonan dilaksanakan dua fasa iaitu Fasa 1 membabitkan pendaftaran permohonan manakala Fasa 2 membabitkan pengesahan permohonan.
Pendaftaran permohonan bagi fasa 1 dibuka awal November 2010 lalu dan tarikh tutup 31 Disember ini manakala pengesahan permohonan pula (10 Januari 2011) dan tutup (4 April 2011).
Pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Diri dengan harga RM10.60 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin wang atau pesanan ringkas (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara sehari selepas iklan disiarkan pada 10 Januari 2011.
Sebarang maklumat, senarai program yang ditawarkan di IPTA, institusi TEVT dan ILKA, syarat am dan khas, dasar, prosedur permohonan, kriteria pemilihan, pekeliling dan penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011, sila layari laman web http://upu.mohe.gov.my.
sumber: Berita Harian
Tuesday, December 14, 2010
Kenapa Mereka Membenci Tingkatan 6? Lepasan SPM wajib baca. Part 1
"Yeye..aku sudah merdeka.. tamat sudah penderitaan ku selama 5 tahun di sekolah. SPM.. Sijil Penamat Masalah.."Itulah kata-kata yang sering kita dengar oleh para pelajar sebaik selesai menjawab kertas terakhir SPM. Soal boleh jawab atau tidak bukan isunya kerana yang penting aku telah tamat sekolah. Seolah-olah sekolah merupakan 'neraka' yang perlu mereka hadapi selama 5 tahun.
Sekiranya ditanya adakah anda akan bersekolah kembali sudah pasti jawapannya, "tidak sama sekali". Namun, pernahkah mereka terfikir bahawa hidup mereka belum berakhir sebaik tamatnya SPM? SPM hanyalah satu permulaan kerana kehidupan selepas SPM adalah destinasi yang lebih penting yang bakal mengubah wajah kehidupan yang akan datang.
Destinasi yang perlu ditujui adalah Ijazah Sarjana Muda.
Ada 3 jalan untuk mendapatkan ijazah iaitu program matrikulasi, diploma di IPTA mahu pun di IPTS dan tingkatan 6.
Sudah tentu tingkatan 6 yang paling tidak popular berbanding matrikulasi dan diploma terutamanya. Dalam benak pemikiran pelajar masa kini yang penting adalah popular dan aku cepat masuk ke alam universiti kononya. Tak kisah berapa pun yang perlu dibelanja asalkan aku dapat segulung diploma yang ironinya darjat diploma sama sahaja dengan tingkatan 6.
Tapi tingkatan 6 berimej kusam, tak popular dan memalukan. Dalam pemikiran pelajar membuat pilihan ke tingkatan 6 seperti menempah tiket ke 'neraka' dunia. Pernahkah anda terfikir bahawa anda hanya perlu membbelanjakan RM 400 untuk menghabiskan tingkatan 6 dan selepas itu terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Adakah terdapat mana-mana program diploma semurah itu? Mungkin nukilan ini tidak sesuai bagi mereka yang kaya namun sesuai dibaca oleh mereka yang kurang berkemampuan atau sederhana. Cikgu akan huraikan dalam bahagian yang seterusnya.
Monday, December 6, 2010
Hijrah
Hari ini 1 Muharram bersamaan dengan tarikh kelahiran diriku pada suatu ketika dahulu. Peristiwa yang paling penting pada tanggal 1 Muharram adalah peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w. Rasanya tidak perlulah saya bicarakan sirah nabi Muhammad s.a.w. kerana saya bukanlah seorang yang terlalu arif untuk menukilnya di sini.
Namun, satu hal yang paling nyata hijrah merupakan suatu yang perlu dalam hidup kita ini. Tanpa hijrah kita akan terus kekal di dalam kepompong yang lama. Cara kita cara lama dan bersifat otrodoks. Namun, persoalannya apakah perkara yang perlu dihijrahkan? Gaya hidup? Identiti? Pemikiran?
Soalnya satu perkara yang perlu kita renungkan adalah hijrah merupakan suatu perubahan ke arah KEBAIKKAN. Bukan kearah kebajetan atau kecacatan. Berubah bukan untuk rebah. Tetapi berubah untuk kita terus berdiri megah. Ayuh.. kita mulakan niat HIJRAH!! Hijrah ku biarlah kurahsiakan. Namun suatu hal yang nyata hijrahku kearah kebaikan yang pasti. INSYAALLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)