Blog ini didedikasikan buat semua yang rasakan ia perlu dan bermanfaat.. Aku hanya hamba kecil yang diberi ruang untuk berkarya di alam maya..
Tuesday, December 21, 2010
Kemasukan ke IPT awam 2011/2012
PERMOHONAN kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah melalui aplikasi dalam talian sepenuhnya bagi akademik 2011/2012.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataannya menyatakan, langkah penguatkuasaan itu sejajar keputusan mesyuarat Jemaah Menteri supaya Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) menjadi pusat pengambilan setempat.
Menurut kenyataan itu, pusat berkenaan akan menyelaraskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke program sijil dan diploma di institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi 2011/2012.
“Penguatkuasaan itu selaras dasar kerajaan menaikkan institusi TEVT dan ILKA dalam usaha meningkatkan akses serta ekuiti lepasan sekolah menengah melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan dan kemahiran,” jelas kenyataan itu.
KPT mensasarkan 70 peratus daripada 467,766 calon lepasan SPM 2010 mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan Fasa 1 manakala selebihnya fasa 2.
Institusi terbabit bagi kemasukan ke program sijil dan diploma ke institusi TEVT dan ILKA adalah Politeknik, Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institusi Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Kolej Komuniti.
Kenyataan itu menyatakan, permohonan ke IPTA dibahagikan empat kategori membabitkan kategori A bagi pemohon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 manakala kategori B (SPM tahun 2009 dan SPM tahun 2008), kategori C (SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf yang diiktiraf IPTA) manakala kategori D (pemohon yang menggunakan keputusan SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau 2010 atau SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010).
Menurut kenyataan itu, bagi kemasukan ke institusi TEVT dan ILKA pula, permohonan terbuka kepada lepasan SPM atau setaraf atau lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lepasan sekolah menengah.
Pelaksanaan permohonan dilaksanakan dua fasa iaitu Fasa 1 membabitkan pendaftaran permohonan manakala Fasa 2 membabitkan pengesahan permohonan.
Pendaftaran permohonan bagi fasa 1 dibuka awal November 2010 lalu dan tarikh tutup 31 Disember ini manakala pengesahan permohonan pula (10 Januari 2011) dan tutup (4 April 2011).
Pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Diri dengan harga RM10.60 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin wang atau pesanan ringkas (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara sehari selepas iklan disiarkan pada 10 Januari 2011.
Sebarang maklumat, senarai program yang ditawarkan di IPTA, institusi TEVT dan ILKA, syarat am dan khas, dasar, prosedur permohonan, kriteria pemilihan, pekeliling dan penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011, sila layari laman web http://upu.mohe.gov.my.
sumber: Berita Harian
Tuesday, December 14, 2010
Kenapa Mereka Membenci Tingkatan 6? Lepasan SPM wajib baca. Part 1
"Yeye..aku sudah merdeka.. tamat sudah penderitaan ku selama 5 tahun di sekolah. SPM.. Sijil Penamat Masalah.."Itulah kata-kata yang sering kita dengar oleh para pelajar sebaik selesai menjawab kertas terakhir SPM. Soal boleh jawab atau tidak bukan isunya kerana yang penting aku telah tamat sekolah. Seolah-olah sekolah merupakan 'neraka' yang perlu mereka hadapi selama 5 tahun.
Sekiranya ditanya adakah anda akan bersekolah kembali sudah pasti jawapannya, "tidak sama sekali". Namun, pernahkah mereka terfikir bahawa hidup mereka belum berakhir sebaik tamatnya SPM? SPM hanyalah satu permulaan kerana kehidupan selepas SPM adalah destinasi yang lebih penting yang bakal mengubah wajah kehidupan yang akan datang.
Destinasi yang perlu ditujui adalah Ijazah Sarjana Muda.
Ada 3 jalan untuk mendapatkan ijazah iaitu program matrikulasi, diploma di IPTA mahu pun di IPTS dan tingkatan 6.
Sudah tentu tingkatan 6 yang paling tidak popular berbanding matrikulasi dan diploma terutamanya. Dalam benak pemikiran pelajar masa kini yang penting adalah popular dan aku cepat masuk ke alam universiti kononya. Tak kisah berapa pun yang perlu dibelanja asalkan aku dapat segulung diploma yang ironinya darjat diploma sama sahaja dengan tingkatan 6.
Tapi tingkatan 6 berimej kusam, tak popular dan memalukan. Dalam pemikiran pelajar membuat pilihan ke tingkatan 6 seperti menempah tiket ke 'neraka' dunia. Pernahkah anda terfikir bahawa anda hanya perlu membbelanjakan RM 400 untuk menghabiskan tingkatan 6 dan selepas itu terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Adakah terdapat mana-mana program diploma semurah itu? Mungkin nukilan ini tidak sesuai bagi mereka yang kaya namun sesuai dibaca oleh mereka yang kurang berkemampuan atau sederhana. Cikgu akan huraikan dalam bahagian yang seterusnya.
Monday, December 6, 2010
Hijrah
Hari ini 1 Muharram bersamaan dengan tarikh kelahiran diriku pada suatu ketika dahulu. Peristiwa yang paling penting pada tanggal 1 Muharram adalah peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w. Rasanya tidak perlulah saya bicarakan sirah nabi Muhammad s.a.w. kerana saya bukanlah seorang yang terlalu arif untuk menukilnya di sini.
Namun, satu hal yang paling nyata hijrah merupakan suatu yang perlu dalam hidup kita ini. Tanpa hijrah kita akan terus kekal di dalam kepompong yang lama. Cara kita cara lama dan bersifat otrodoks. Namun, persoalannya apakah perkara yang perlu dihijrahkan? Gaya hidup? Identiti? Pemikiran?
Soalnya satu perkara yang perlu kita renungkan adalah hijrah merupakan suatu perubahan ke arah KEBAIKKAN. Bukan kearah kebajetan atau kecacatan. Berubah bukan untuk rebah. Tetapi berubah untuk kita terus berdiri megah. Ayuh.. kita mulakan niat HIJRAH!! Hijrah ku biarlah kurahsiakan. Namun suatu hal yang nyata hijrahku kearah kebaikan yang pasti. INSYAALLAH...
Monday, November 29, 2010
Corat-coret Mikro dan Makro STPM 2011
Baru sebentar tadi berakhirnya peperiksaan STPM makroekonomi dan sebelumnya mikroekonomi. Kesimpulannya, banyak soalan yang memang dijangkakan keluar pada tahun ini. Cuma pasal berkaitan dengan Teori Keynes sahaja tidak keluar kali ini. Walaubagaimanapun yang lepas tu biarkanlah ia berlalu.. Doa dan tawakal la. InsyaALLAH ada rezeki anda ke menara gading pada tahun depan.
Thursday, November 4, 2010
Cuti: Baca blog dan ragbi
Hai walaupun cuti deepavali ni agak panjang tapi cikgu luangkan masa untuk membaca blog anak2 murid. Blog ikram,liwa,amru,mad,wan zamri dsbgnya. Pendek kata cikgu mengikuti setiap penulsan mereka dengan penuh minat. Bagi cikgu gunakalah peluang yang ada ini untuk bekarya. Bagus kita coretkan apa yang kita rasa dalam blog kita.. daripada melakukan vandelisme yang tidak berguna. Mulai besok terpaksa hentikan dulu pembacaan blog sebab nak bawa pasukan ragbi bawah 13 dan 14 tahun dalam Kejohanan Melaka Maju 2010. Sama-sama kita nantikan gelagat mereka dipadang ragbi. Ragbi is our life.. tak sabar plak nak tgk 'anak' ku bermain ragbi. Huhu..
Sunday, October 10, 2010
Jadual Tuisyen Baru
Tuesday, September 28, 2010
Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan 2010
Khatimah Cinta
Oh tidur malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam
Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi
Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati
Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi
Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…
Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi
Sunday, September 26, 2010
Thursday, September 23, 2010
Berkursus Guru
Sunday, September 19, 2010
Sunday, August 29, 2010
Ekonomi: Susah atau senang terletak pada kita.
Ekonomi?? Susah nye.. EH jangan ambil paper ekonomi rosak result je nanti.. Ekonomi aku gagal lagi la.. Inilah sebahagian dari kata-kata yang sering diungkapkan oleh pelajar setiap kali berbicara mengenai subjek ekonomi. Sebenarnya susah atau senang subjek ekonomi adalah terletak pada kita. Apa yang penting kita perlu minat terlebih dahulu dengan subjek ekonomi.Tanpa minat benda senang pun nampak susah. Macam kita nak 'usha' awek la.. Kalau kita tak minat jangan harap la kita nak pergi 'usha' kan.. Kalau dah minat insyaALLAH kita akan dapat kuasai subjek ekonomi dengan baik.. Susah atau senang ekonomi adalah terletak pada kita.
Ramadhan Yang Semakin ke Penghujung
Diam tak diam kini tinggal 10 hari je lagi Ramadhan akan melabuhkan tirai nya. Persoalannya dalam tempoh 20 hari yang lepas berapa banyak utiliti sut pahala yang dapat kita maksimumkan? Adakah kita berada dalam keseimbangan? Adakah suntikan lebih besar dari bocoran atau keadaan sebaliknya berlaku? Setiap persoalan seharusnya ada jawapan dan jawapan nya ada pada kita.. 10 hari yang penting kini sedang berlangsung..
Tuesday, June 1, 2010
Jom Tuisyen
Kelas tuisyen untuk tingkatan 6 rendah bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Para pelajar yang berminat boleh hubungi saya k.
Nota Mikro: Sistem Ekonomi
Hai para pelajar sekelian.. Sori lambat upload. Untuk dapatkan nota mikroekonomi sila klik sini
Thursday, April 15, 2010
Kuliah Makroekonomi 3
Dibawah ini cikgu perturunkan nota kuliah makroekonomi yang ketiga yang telah cikgu kuliahkan. Untuk muat turun sila klik sini Kuliah Makroekonomi 3
Tuesday, March 23, 2010
Kuliah Makroekonomi 2
Hai hari kedua saya sampaikan kuliah. Terpaksa mengamuk sakan hari ini. Kecewa dengan sikap segelintir pelajar yang tak menunjukkan sikap sebenar seorang pelajar tingkatan 6. Apa-apa pun pelajar saya boleh download nota kuliah makroekonomi di sini
Monday, March 22, 2010
Fakta Makroekonomi Malaysia
Dipetik dari Jababatan Perangkaan Malaysia:
Fakta Ringkas
Keluaran Dalam Negeri Kasar:
4.5% pada Suku Keempat 2009
Indeks Harga Pengguna:
1.2% pada Februari 2010
Indeks Pengeluaran Perindustrian:
12.7% pada Januari 2010
Indeks Harga Pengeluar:
4.2% pada Januari 2010
Eksport: 37% pada Januari 2010
Import: 31% pada Januari 2010
Imbangan Perdagangan: 59.5% pada Januari 2010
Kadar Pengangguran:
3.5% pada Suku Keempat 2009
% perubahan berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya
Kuliah Makroekonomi
Hai.. Hari ini kuliah pertama saya sampaikan untuk Makroekonomi. Diharap pelajar saya faham dan dapat menerima dengan baik. Sebarang maklumbalas sila tinggalkan komen. Klik sini untuk dapatkan nota
Tuesday, January 26, 2010
Cinta Dulu Cinta Sekarang
SM salim
Lirik Cinta Dulu Dulu Cinta Sekarang :
Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu
Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang
Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya
Wednesday, January 20, 2010
Hari Ini dan Semalam
Hari ini mungkin hari terakhir cikgu mengajar ekonomi asas tingkatan 5 KMA1.. Aduh sedihnya..
Monday, January 18, 2010
Nota Bentuk Organisasi Perniagaan
Nota yang cikgu nyatakan hari ini boleh didapati di sini. Klik sini
Wednesday, January 13, 2010
Modul Baru Prinsip Akaun
Modul Baru Prinsip Akaun ini telah dipinjam dari cikgunarzuki online. Klik sini
Tuesday, January 12, 2010
Ulasan jawapan pelajar terhadap kuiz ekonomi1
Kebanyakkan pelajar tidakdapat menjawab soalan mengikut kehendak soalan. Perlu diingat bahawa soalan ini adalah untuk subjek ekonomi asas bukannya subjek sivik. Perbezaan antara jalan raya dengan lebuhraya adalah berdasarkan:
Jenis barang; jalan raya - brg awam, lebuhraya- brg ekonomi
Penyediaan barang; jalan raya- disediakan oleh kerajaan, lebuhraya- disediakan oleh swasta
Bayaran; jalan raya- digunakan percuma, lebuhraya- mempunyai kos untuk menggunakannya
Prinsip pengecualian- jalan raya tiada prinsip pengecualian, lebuhraya- hanya yang membayar boleh menggunakannya
dan lain-lain lagi. Jawab menggunakan ayat yang lengkap BUKAN bentuk point.
Jenis barang; jalan raya - brg awam, lebuhraya- brg ekonomi
Penyediaan barang; jalan raya- disediakan oleh kerajaan, lebuhraya- disediakan oleh swasta
Bayaran; jalan raya- digunakan percuma, lebuhraya- mempunyai kos untuk menggunakannya
Prinsip pengecualian- jalan raya tiada prinsip pengecualian, lebuhraya- hanya yang membayar boleh menggunakannya
dan lain-lain lagi. Jawab menggunakan ayat yang lengkap BUKAN bentuk point.
Thursday, January 7, 2010
Catatan Harian
Hai..benda paling disukai oleh pelajar adalah tidak membuat kerja dan tidak perlu berusaha keras. Kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Duhai pelajar-pelajar ku walau siapa pun kita, walau apa pun latarbelakang kita percayalah kita tetap mempunyai satu keinginan yang sama. Keinginan untuk berjaya. Berjaya dalam erti kata yang sebenar.. Asal jadi manusia.. Kerana di High School trademarknye Sini Terdidik Manusia...
Tuesday, January 5, 2010
Coretan Harian
Senario pelajar hari ini berbeza dengansenario pelajar pada masa lalu. Justeru, cabaran yang dihadapi oleh guru kini berbeza dan semakin mencabar. Adalah menjadi tanggungjawab guru hari ini mendepani masa kini dengan cabaran hari ini. Ikrar ku buat murid-muridku cikgu akan memberi segala yang terbaik untuk anda.
Coretan Pertama
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. Begitulah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh ahli falsafah cina Lao Tze. Mungkin hari ini baru 6 hari kita berada di tahun baru 2010.. Tetapi sedarlah anak-anak muridku bahawa SPM itu semakin hari semakin hampir kepada anda. Usaha anda bermula pada hari ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)