Monday, July 16, 2012

Cikgu Raviah (dedikasi khas buat Majlis Persaraan Cik Raviah: Guru Melayu Terlama NDC


Cikgu Raviah,
Insan biasa,
Melakukan sesuatu yang luar biasa,
Mengajar, mendidik, mengasuh dan membela,
Penuh ikhlas buat sang pencipta,
Tak pernah mengenal perbezaan agama dan bangsa.

Dari sebuah desa,
Berbekal kitab lama,
Naik turun bas untuk bekerja,
Dari Durian Tunggal ke Kota Melaka,
Kemudian,
Bila dunia sudah berubah,
Cikgu Raviah mula memandu kereta,
Kereta dipandu kereta Wira kebanggaan Malaysia,
Itulah tanda guru sejarah berjiwa bangsa,
Semangat patriotik tersemat dijiwa,
Sayangkan negara Malaysia tercinta.

Cikgu Raviah,
Kau Melayu berjiwa mulia,
Kau mengajar anak Cina dan India,
Bukan sekejap tetapi lama,
Kerana hatimu sungguh mulia,
Tiada prejudis tiada buruk sangka,
Di depan mata kau semua sama,
Satu keluarga satu Malaysia.

Cikgu Raviah,
Adat hidup sebagai manusia,
Bermula pagi berakhir senja,
Hari ini kau kan pergi meninggalkan kami semua,
Kami semua sentiasa berdoa,
Moga hidupmu terus bahagia,
Di sisi sanak saudara keluarga tercinta,
Budimu tak terbalas dengan kata-kata,
Tak tertanggung dengan emas, perak dan gangsa,
Tak tertampung air di Selat Melaka,
Tak tergapai tingginya Banjaran Titiwangsa.

Di akhir kalam di akhir bicara,
Aku yakin dan aku percaya,
Suatu hari nanti kita akan bersama,
Di pintu syurga mengecap bahagia..  

Wednesday, July 11, 2012

10 Sekolah Terbaik Negeri Melaka

Berikut adalah ranking kedudukan sekolah negeri Melaka yang dikeluarkan pada tahun 2011:
1. SM Sains Muzaffar Shah
2. SBPI Selandar Melaka
3. SMKA Sharifah Rodziah
4. SM Teknik Jasin
5. SMKA Sultan Muhammad
6. SMK Tinggi Perempuan Melaka
7. SMK Infant Jesus Convent
8. SMK Tun Perak
9. SMK Iskandar Shah
10. SMK Ghafar Baba

p/s: ranking berdasarkan NKRA..

Aku dan Notre Dame Convent


Tahun ni merupakan tahun kedua aku di SM Notre Dame Convent. Bak kata orang di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tak sangka pejam celik sekejap je masa berlalu. Tapi tak pe.. Benih yang baik dicampak ke laut menjadi gunung dicampak ke darat menjadi gunung. Ya Allah berikan aku kekuatan menghadapi segala-galanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...