Wednesday, April 27, 2011

Kisah si kucing


Pada suatu ketika dahulu terdapat seorang saintis di Amerika Syarikat membuat satu ujikaji berkaitan kucing. Saintis tersebut menyediakan sebuah bekas kaca dan dalam bekas kaca tersebut diletakkan satu tiang. Di atas tiang tersebut saintis tersebut meletakkan seekor ikan.

Saintis tersebut meletakkan seekor kucing pertama. Lumrah dunia apabila kucing nampak ikan ia akan cuba menerkam ikan tersebut. Apabila kucing tersebut cuba melompat mendapatkan ikan tersebut saintis itu menyiram kucing dengan air. Lalu terjatuh ke bawah la kucing itu. Kucing itu melompat kali kedua namun seperti biasa saintis tersebut menyiram kucing itu dengan air maka terjatuhla kali kedua. Kucing itu cuba kali ketiga namun masih gagal kerana disiram oleh saintis tersebut. Lalu, kucing itu putus harap dan tidak meneruskan usahanya.

Saintis tersebut meletakkan kucing kedua. Seperti kucing pertama kucing kedua juga turut cuba melompat untuk mendapatkan ikan tetapi diperlakukan seperti kucing pertama. Kucing tersebut mencuba kali kedua dan ketiga namun hasilnya sama seperti kucing pertama. Lalu kucing pergi ke tepi duduk bersama kucing pertama.

Saintis tersebut memasukkan kucing ketiga. Kali ini saintis tersebut berhasrat untuk tidak melakukan apa-apa ke atas kucing ketiga. Namun, belum pun sempat kucing ketiga melompat datang kucing pertama dan kedua menasihatkan kucing ketiga supaya jangan melompat kerana usahanya akan sia-sia. "Hai kawan. Jangan buat kerja sia-sia. Kami dah cuba lompat untuk mendapatkan ikan itu sebelum kamu masuk tadi. Tap sia-sia je kerana kita akan disiram oleh saintis kat luar tu." Kucing ketiga termakan kata-kata kucing pertama dan kedua lalu tidak melompat walaupun belum mencuba.

Saintis tersebut mengeluarkan kucing pertama dan kedua dan memasukkan kucing keempat dan kelima. Kucing ketiga menasihatkan kucing keempat dan kelima, "tak payahlah kau melompat untuk mendapatkan ikan kat atas tu. Tadi kawan aku beritahu usaha kita akan gagal kerana akan disiram dengan air oleh saintis di luar tu."

Kucing keempat termakan kata-kata kucing ketiga walaupun dia belum berusaha untuk melompat. namun, kucing kelima kuatkan azam dan semangat untuk dapatkan ikan tersebut. Lalu kucing kelima pun melompat dan mendapat ikan tersebut. Tercengang kucing ketiga dan keempat.

Moralnya, papa pelajar sekelian janganlah kita berhenti berusaha hanya kerana ada rakan kita memberitahu kita akan gagal. kejayaan datang dari hati yang kuat menempuh onak ranjau, cabaran dan dugaan. Percayalah dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Setitik air yang lembut kalau setiap hari menitis ke batu akhirnya batu tersebut juga akan berleku. Janganlah berhenti berusaha. Capailah cita-cita mu...


Monday, April 25, 2011

Doa Buat Zubek


Dalam perjalanan aku ambil mak aku pulang dari tempat kerja aku dapat panggilan daripada Rahimi yang menyatakan berita yang kurang baik mengenai Abdullah Zubair a.k.a zubek. Zubek dikatakan hilang ketika joging bersendirian di Bukit Larut. Bagai halilintar memanah ke bumi dengan pantas aku segera menghubungi teman-teman yang rapat dengannya bagi mengesahkan berita yang ku dengar. Ternyata berita tersebut memang tepat sekali.

Walaupun aku hanya rapat dengan zubek ketika kami sama-sama praktikal di Taiping namun aku amat pilu mendengar berita mengenainya. Masih segar dalam ingatanku zubek la yang biasanya menjadi 'abang besar' ketika kami berada di rumah sewa. Zubek akan mengendalikan sesuatu hal dengan matang dan adil buat semua. Aku ingat lagi ketika istilah 'makan dalam member' begitu popular di rumah sewa zubek la selalunya akan menjadi orang yang sangat serba salah.

Aku juga masih ingat lagi bila aku dengan selambanya masuk ke kelas ketika dia sedang mengajar. Aku buat selamba je dan dengan pantas dia memperkenalkan aku pada anak muridnya beserta latarbelakang 'kegemilangan' ku.

Zubek sangat gigih. Walaupun dia tahu kelemahan dia dari segi penyampaian dia tak pernah putus asa untuk membuat abm segala bagai. Tukang batu api dan kaki kutuk masa tu aku, justin ngan enal. Tapi zubek hanya senyum dan gigih membuat kerjanya.

Aku ingat lagi kisah rakaman lakonan di rumah uncle, kisah naik van beramai-ramai pergi makan, pergi ipoh di tengah malam dan terus ke genting.. Aduhai.. semua tu menyentuh dikalbu.Benda yang paling aku suka pasal zubek dia memang rajin tolong member. Aku ingat lagi waktu aku bawa team rugby ke mckk. Aku telefon zubek aku ada di Kuala Kangsar dengan pantas esokya dia turun ke untuk bertemu dengan ku.

Zubek memang tak lama aku mengenali dan bersahabat dengan kau. Tapi aku tahu kau memang sahabat sejati. Aku harapkan yang terbaik dan aku yakin kau masih selamat. Doaku buatmu zubek..Kau memang terbaik..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...