Tuesday, January 26, 2010

Cinta Dulu Cinta Sekarang


SM salim

Lirik Cinta Dulu Dulu Cinta Sekarang :

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya

Wednesday, January 20, 2010

Hari Ini dan Semalam

Hari ini mungkin hari terakhir cikgu mengajar ekonomi asas tingkatan 5 KMA1.. Aduh sedihnya..

Monday, January 18, 2010

Nota Bentuk Organisasi Perniagaan

Nota yang cikgu nyatakan hari ini boleh didapati di sini. Klik sini

Wednesday, January 13, 2010

Modul Baru Prinsip Akaun

Modul Baru Prinsip Akaun ini telah dipinjam dari cikgunarzuki online. Klik sini

Tuesday, January 12, 2010

Ulasan jawapan pelajar terhadap kuiz ekonomi1

Kebanyakkan pelajar tidakdapat menjawab soalan mengikut kehendak soalan. Perlu diingat bahawa soalan ini adalah untuk subjek ekonomi asas bukannya subjek sivik. Perbezaan antara jalan raya dengan lebuhraya adalah berdasarkan:
Jenis barang; jalan raya - brg awam, lebuhraya- brg ekonomi
Penyediaan barang; jalan raya- disediakan oleh kerajaan, lebuhraya- disediakan oleh swasta
Bayaran; jalan raya- digunakan percuma, lebuhraya- mempunyai kos untuk menggunakannya
Prinsip pengecualian- jalan raya tiada prinsip pengecualian, lebuhraya- hanya yang membayar boleh menggunakannya

dan lain-lain lagi. Jawab menggunakan ayat yang lengkap BUKAN bentuk point.

Thursday, January 7, 2010

Catatan Harian

Hai..benda paling disukai oleh pelajar adalah tidak membuat kerja dan tidak perlu berusaha keras. Kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Duhai pelajar-pelajar ku walau siapa pun kita, walau apa pun latarbelakang kita percayalah kita tetap mempunyai satu keinginan yang sama. Keinginan untuk berjaya. Berjaya dalam erti kata yang sebenar.. Asal jadi manusia.. Kerana di High School trademarknye Sini Terdidik Manusia...

Tuesday, January 5, 2010

Coretan Harian

Senario pelajar hari ini berbeza dengansenario pelajar pada masa lalu. Justeru, cabaran yang dihadapi oleh guru kini berbeza dan semakin mencabar. Adalah menjadi tanggungjawab guru hari ini mendepani masa kini dengan cabaran hari ini. Ikrar ku buat murid-muridku cikgu akan memberi segala yang terbaik untuk anda.

Kuiz Ekonomi Asas T5 1

Bezakan antara jalan raya dengan lebuhraya dalam konteks ekonomi.

Coretan Pertama

Lao Tze


Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. Begitulah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh ahli falsafah cina Lao Tze. Mungkin hari ini baru 6 hari kita berada di tahun baru 2010.. Tetapi sedarlah anak-anak muridku bahawa SPM itu semakin hari semakin hampir kepada anda. Usaha anda bermula pada hari ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...