Wednesday, August 19, 2015

Tingkatan Enam: Kegagalan, kehampaan dan kejayaan..

Keputusan UPU yang keluar baru-baru memberi impak yang cukup besar buat pelajar lepasan STPM. Kini, CGPA 2.5, 2.6, 2.7, 2.8, 2.9 dan 3.0 bukan lagi CGPA yang selamat untuk pelajar mendapatkan tempat ke Universiti Awam. Boleh dikatakan cabaran sekarang kian sengit dan menuntut perubahan anjakan paradigma pelajar tingkatan enam. Berikut adalah peringatan buat pelajar tingkatan enam:

1. Belajar dengan gigih bermula dari semester pertama lagi.
2. Rancang subjek yang mampu untuk pelajar dapat gred A bagi melonjakkan nilai CGPA.
3. Hentikan seketika perkara yang tidak berfaedah.
4. Matangkan fikiran dan tindakan supaya kita mampu melihat keutamaan atas keutamaan.
5. Lakukan perbincangan kumpulan dan pastikan dalam kumpulan ada rakan yang mampu membimbing dengan baik.
6. Tulis nama universiti idaman anda di rumah, dalam buku di kelas supaya anda lebih bermotivasi untuk berjaya.

Tingkatkan motivasi. Ingat dunia ini penuh cabaran. Anda adalah wira buat diri anda!

Kepada yang gagal mendapatkan tempat ke Universiti Awam berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan:

1. Buat rayuan kepada universiti yang terlibat.
2. Berbekalkan sijil STPM anda cari pekerjaan yang baik seperti penolong penguatkuasa, staff bank, polis dan sebagainya. Kemudian jika berpeluang sambung belajar ke peringkat Ijazah secara pengajian jarak jauh (PJJ).
3. Melibatkan diri dalam bidang keusahawanan atau perniagaan.
4. Menyambung belajar ke pusat pengajian swasta jika mampu.

Gagal hari ini bukan bermakna gagal pada masa depan. Orang yang berjaya adalah orang yang pernah merempuh dinding kegagalan untuk menggapai pintu kejayaan. Bangkit lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...